Tips Persiapan Sebelum Ke Korea Selatan
Hi, Assalamualaikum.
Memandangkan ramai kawan saya ingin pergi ke Korea Selatan, harini Mana nak cerita tentang tips untuk bercuti ke Korea Selatan. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan ketika pergi melancong ke luar negara terutamanya negara 4 musim kerana di Malaysia hanya mempunyai musim hujan dan panas sahaja.
PERKARA PENTING YANG PERLU DIBAWA
1. VASELINE & MOISTIRIZER
Pada musim panas dan sejuk, kelembapan di sini sangat rendah. Jadi, mulut anda akan cepat kering dan merekah. Jadi, sapukan ia tiap kali keluar dari tempat penginapan bagi mengelakkan kulit bertambah kering dan merekah. Lebih teruk, dapat menyebabkan mulut berdarah akibat merekah.
2. PAKAIAN
Berikut merupakan lapisan baju :
PADDING / WINTER COAT
SWEATERS
HEAT TECH / LONG JOHN (BAJU & SELUAR)
PAKAIAN DALAM
Jadi, jumlah lapisan adalah 4 lapis.
Beza padding dan winter coat adalah material padding adalah plyester seperti plastic yang kalis air atau water proof. Jadi, apabila anda memakai padding, bulu-bulu daripada mafla, earmuffs dan sebagainya tidak akan lekat di baju anda.
Bagi mafla, glove atau earmuffs, sesiapa yang tidak tahan sejuk di muka bolehlah membelinya kerana apabila bernafas ia sangatlah terseksa.
Di sini dijual dalam harga RM12 hingga RM20
Tips:
Untuk dapatkan harga pakaian tersebut (padding/winter coat dan sweater) yang murah, boleh beli di kedai second-hand atau bundle.
Heat tech / long john juga boleh dibeli di shopee/lazada atau kalau nak baju yang ringan nak nipis boleh beli di Uniqlo. Uniqlo mempunyai 3 jenis baju tersebut iaitu tahap kepanasan baju tersebut (heat trap). Beli yang medium juga sudah memadai.
3. TRAVEL INSURANCE
Insurans sangatlah penting dan wajib beli terutamanya di negara orang. Kalau sakit dan kena kos rawatan yang tinggi, siapa susah?
4. UBAT
Korea Selatan punya kos rawatan sangat mahal. Satu ubat boleh mencecah RM40. Jadi, lebih baik sediakan ubat demam, minyak angin, selesema, batuk, sakit perut dan sebagainya siap-siap.
5. HEAT PACK
Pada musim winter, suhu boleh mencecah -16 darjah celcius, jadi bawalah heat pack. Tetapi heat pack dijual di sini dalam harga RM4 satu dan boleh tahan selama 10 jam pada kebiasaanya.
6. BIGPAY
Bigpay adalah medium untuk membayar sesuatu seperti kad debit. Tetapi ia hendaklah di top-up seperti touch & go. (top-up guna online banking atau debit/credit card dan memerlukan TAC)
Anda perlulah download application bigpay di telefon. Kemudian, top-up RM20 sebagai permulaan. (duit tersebut boleh digunakan, bukan cas untuk pendaftaran) Kemudian bigpay akan menghantar kad tersebut ke rumah anda. (Better buat awal-awal seblum pergi ke sini) Bagi mendapat tambahan RM10 guna referral code saya iaitu SQD1QOOEJY. (Saya juga akan dapat RM10). Bigpay tolak mengikut rate won dan myr. Anda juga boleh mengeluarkan duit korea di bank Korea menggunakan kad ini. Tetapi dikenakan cas perkhidmatan RM10 + 3500won sekiranya mengeluarkan di KB Bank. (Cas paling murah setakat ini berbanding bank lain)
Kebanyakan kedai Korea menggunakan kad dan wang tunai. Hanya sesetengah sahaja menggunakan wang tunai seperti di gerai-gerai yang biasa.
7. MAP
Saya menggunakan application Naver Map untuk mencari sesuatu tempat sama ada berjalan, naik train dan menaiki kenderaan. Sangat jelas dan teliti seperti waktu train tiba dan pintu mana untuk keluar dari train station.
8. MAKANAN
Maggi, Brahims, serunding, kicap dan sebagainya untuk dimasak atau makanan segara apabila lapar pada tengah malam. Makanan di sini agak mahal.
9. PENGINAPAN
Sebelum pergi ke sana, wajib menempah awal-awal tempat penginapan supaya tidak akan timbul sebarang masalah di Immigration Airport. Antara tempat yang murah dan berbaloi adalah di Airbnb.
10. TIKET
Beli sewaktu promosi atau beli dengan lebih awal seperti awal setahun supaya dapat tiket murah. AirAsia merupakan antara tiket yang paling murah.

https://www.fluentland.com/winter-clothing/ |

Comments
Post a Comment